Wednesday, October 1, 2008

HARI POTENSI PRASEKOLAH 2008











SK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diberi tanggungjawab oleh PPD Petaling Perdana untuk menguruskan Hari Potensi Prasekolah Peringkat Zon MPSJ. Program berkenaan telah diadakan pada 24 Julai 2008. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu :

i. Bercerita Dalam Bahasa Melayu
ii. Bercerita Dalam Bahasa Inggeris
iii. Deklamasi Sajak
iv. Hafazan
v. Nyanyian Dan Gerakan
vi. Tarian Rampai Tradisional

Sekolah ini telah menjuarai pertandingan bagi kategori Nyanyian Dan Gerakan dan Tarian Rampai Tradisional. Sekolah ini turut menjuarai Kategori Keseluruhan Pertandingan dan layak mewakili Zon MPSJ dalam Program Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana.

No comments: