Sunday, October 5, 2008

Wednesday, October 1, 2008

HARI POTENSI PRASEKOLAH 2008











SK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diberi tanggungjawab oleh PPD Petaling Perdana untuk menguruskan Hari Potensi Prasekolah Peringkat Zon MPSJ. Program berkenaan telah diadakan pada 24 Julai 2008. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu :

i. Bercerita Dalam Bahasa Melayu
ii. Bercerita Dalam Bahasa Inggeris
iii. Deklamasi Sajak
iv. Hafazan
v. Nyanyian Dan Gerakan
vi. Tarian Rampai Tradisional

Sekolah ini telah menjuarai pertandingan bagi kategori Nyanyian Dan Gerakan dan Tarian Rampai Tradisional. Sekolah ini turut menjuarai Kategori Keseluruhan Pertandingan dan layak mewakili Zon MPSJ dalam Program Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana.

KARNIVAL AMAL PIBG 2008


Karnival Amal PIBG akan diadakan pada 19 Oktober 2008. Tujuan diadakan karnival ini ialah untuk mencari dana bagi pembangunan sekolah yang merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum, dan kemudahan prasarana. Adalah diharapkan semua pihak yang terlibat secara langsung, mahupun secara tidak langsung dapat bersama-sama menjayakan karnival ini.

LENCANA SK SEKSYEN 1 BDR KINRARA